Tuesday, June 7, 2022

MAJLIS RAMAH MESRA PMS BERSAMA ALUMNI

 

31 Mei 2022 - Sesi Ramah Mesra antara Politeknik Muadzam Shah bersama Jawatanlkuasa Alumni PMS telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Seri Ridan yang dihadiri oleh Pengarah PMS, Tuan Haji Che Alias bin Mohd Yusof, bersama Timbalan Pengarah Akademik, Dr Zulkfli bin Md Yusoff, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En Muhammad Rafie bin Hamzah serta Ketua Jabatan PMS. Mesyuarat ini bertujuan bagi menjalinkan hubungan kerjasama dan hala tuju alumni PMS.



Tuesday, March 22, 2022

MESYUARAT ALUMNI

 

Pada 19 Mac 2022 lalu telah berlangsung Mesyuarat Alumni Zon Pantai Timur bertempat di Politeknik Kuala Terengganu. Bersama YDP dan Bendahari Kehormat Persatuan Alumni PMS, turut hadir bersama adalah wakil-wakil YDP dari Politeknik Zon Pantai Timur. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh alumni POLISAS. Mesyuarat tersebut membincangkan jaringan strategik dan jalinan kerjasama bagi persatuan Alumni Zon Pantai Timur.



Tuesday, February 15, 2022

MESYUARAT YDP PERSATUAN ALUMNI BERSAMA TIMBALAN MENTERI

 

Telah jayanya mesyuarat bersama Mesyuarat YDP Persatuan Alumni PMS dan Wakil-Wakil YDP Politeknik bersama bersama YB Timbalan Menteri di Putrajaya pada 24 Mac 2021. Terima kasih diucapkan dan kami di pihak persatuan juga memerlukan kerjasama dari semua Alumni PMS untuk memberi idea dan pendapat jika ada. Alumni PMS boleh memberikan idea dan pendapat jika ada. Berhubung di talian hotline kami HOTLINE ALUMNI PMS (011 1861 0990) di telegram di https://t.me/persatuanalumnipms

Berkhidmat untuk alumni



KOPERASI MYALUMNI POLYCC BERHAD

 

Kepada semua Alumni PMS. Ayuh bersama menjadi anggota untuk menubuhkan Koperasi MyAlumni PolyCC Berhad demi masa depan dan kebajikan semua Alumni PolyCC dan kembali menyumbang 'alma-mater' kepada adik-adik pelajar (bakal alumni) di institusi.

"Nadi Penggerak Pengukuhan Ekonomi dan Kesepakatan Jaringan Persatuan Alumni PolyCC"

Thursday, February 3, 2022

JEJAK ALUMNI

 

Kepada Alumni-Alumni PMS yang dirahmati Allah SWT sekelian. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan, kami dari Persatuan Alumni PMS ingin memaklumkan bahawa persatuan kini mempunyai sistem pengurusan alumni sendiri. Sistem ini bertujuan untuk merekodkan data terkini graduan. Sehubungan dengan itu kami memohon kepada semua Alumni PMS di luar sana agar dapat mengisi maklumat diri anda di pautan yang kami sertakan.

http://myalumni.com.my/registration/profile/1

Kami amat berbesar hati jika anda dapat membantu kami dengan menyebarkan info ini kepada rakan-rakan alumni yang lain. Jika terdapat persoalan dan kesulitan, boleh terus berhubung di talian hotline kami, 012 238 4577 atau terus ke pautan Whatsapp wasap.my/0122384577

Sekian terima kasih.

Wednesday, February 2, 2022

SUMBANGAN ALUMNI

Pengarah PMS, Tuan Haji Hassan bin Ismail menerima sumbangan LCD Projektor daripada Persatuan Alumni PMS. Alumni PMS yang diwakili oleh En Syahmi banyak membantu PMS di dalam membuat kerja-kerja amal bagi membantu pelajar PMS. Tujuan utama sumbangan ini adalah untuk membantu menampung kekurangan LCD projektor di proses PdP di PMS. Sumbangan sebegini begitu besar buat warga PMS. Terima kasih kepada persatuan Alumni PMS yang begitu mengambil berat tentang kebajikan pelajar.
 

MAJLIS RAMAH MESRA PMS BERSAMA ALUMNI

  31 Mei 2022 - Sesi Ramah Mesra antara Politeknik Muadzam Shah bersama Jawatanlkuasa Alumni PMS telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Seri R...